Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday, 21 June 2015

Senyuman Itu

Senyuman itu,
Hanya kerana dari senyuman buatkan aku tidak tidur malam,
Senyuman itu datang dari bibir seorang perempuan yang aku jatuh hati.
Seingat aku hanya dua kali aku bercakap dengannya,
Gemersik suaranya mampu mencairkanku.

Aku termenung seorang diri memikirkan nasib diri,
Dia siapa, aku siapa.
Dia cantik dan aku buruk.
Bak kata orang Beauty and The Beast.
Dia beauty dan aku beast.

Sungguh tidak layak untuk berdamping.
Bukan hendak jadikan awek mahupun teman tapi mesra,
Tapi hati ini telah berdegup,
Berbisik ke telinga memberitahu yang dialah yang kucari.
Akan ku jadikan dia Isteri hingga akhir nanti.

Cinta ini tiada terperi.
Tapi aku sedar diri.
Masih tau darjat kita berbeza.
Masakan gagak mampu duduk sebelah merak.
Masakan pipit mampu terbang sebelah enggang.

Hanya mampu melihat dari jauh,
Hanya mampu angankan benda yang mustahil,
Dia jauh dari sini,
Tapi kalau ada jodoh pasti kau akan ku pinang,
Tapi kalau kau sudah berpunya aku hanya mampu ketawa.

Ketawa kerana fikirkan kebodohan diri,
Kenapa tidak aku mencuba,
Mana tahu rezeki aku.
Tapi aku takut.
Terlalu takut dengan jawapan yang kau berikan.

Tiap malam namamu dalam doaku.
Moga kita dipertemukan,
Moga ada jodoh antara kita.
Moga kau jadi isteriku kelak.
Jangan kau risau hati ini sentiasa milikmu.

Tapi sayang seribu kali sayang,
Aku hanya mampu sayang dari jauh,
Mampu rindu dari jauh.
Menatap potret mu di laman sosial,
Hanya mampu menatap.

Seingat aku sudah hampir empat tahun aku jatuh hati pada kau,
Dan mungkin lima ke enam tahun lagi kau masih di hati ini,
Tiada lagi yang mampu mengetuk pintu hati ini selain kau.
Aku harap dan aku berdoa moga ada jodoh antara kita,
Anganku terlalu tinggi mencakar langit.

Hanya kau dan senyuman itu...


DARI KERANA MATA

Assalamualaikum,

Dah berhabuk pon blog aku ni. Lama sangat tak update. 

So entri kali ni "Dari Kerana Mata. Kenapa dari kerana mata? Bukan dari kerana telinga, mulut mahupun tangan?????? 

Sebab mata  ni satu panca indera yang tiada siapa pun mampu bentuk atau reka sama seperti apa yang yang Allah S.W.T cipta. Mampu membezakan begitu banyak warna. Allahuakbar. 

Mampu melihat ini juga adalah satu nikmat. Cuba bayangkan kalau Allah tarik balik nikmat untuk melihat. Pastinya kita hidup dalam kegelapan dalam menempuh hari-hari yang mencabar. Sedangkan orang yang buta warna pun rasa tidak lengkap hidup, inikan pula orang yang buta mata. Lagi parah kalau buta hati, semua benda dianggap mudah.

Rasa cepat jer masa berlalu, dah pun Ramadhan menjelma. So dalam bulan puasa yang penuh dengan keberkatan ni kita kena la jaga mata. Bukan mata sahaja, tapi mulut, telinga, kemaluan dan juga hati. Tapi yang paling banyak menyebabkan dosa adalah dari mata. Aku pun tak tahu kenapa, tapi mungkin juga sebab dunia akhir zaman. Maksiat terlalu banyak. Si perempuan pakai pakaian yang menjolok mata seolah-olah itu semua tidak mendatangkan dosa. Si pemakai berdosa, si lelaki yang melihat ni lagi la berdosa. Hmmm... 

Tak kesian ka kat si ayah. Apa dia nak jawab dengan Allah nanti. Tak kesian ka dekat suami hangpa? Siksa dia dalam kubur mahupun akhirat nanti. Astafirullahalazim. Mohon dijauhkan semua tu. Mungkin ada sesetengah ibu bapa yang pandang remeh dan tak nasihat anak-anak perempuan mereka supaya pakai pakaian yang lebih baik. Kalau pun tak berjubah, cukup sekadar pakai pakaian yang longgar dan tak menampakan bentuk tubuh. 

Lelaki ni susah sikit. Pantang nampak, bukannya nak tundukan pandangan tapi di pandangnya tak berkelip ada la bila ada awek pakai seksi lalu. haha.. aku pun tak terkecuali. 

Tapi sekarang ni dah macam trend tau, pakai tudung tapi hakikatnya seperti bertelanjang. Sebab apa? Sebab baju yang dia pakai tu punya la sendat macam baju saiz adik dia yang punya. Seluar tak payah cakap la, punya la sendat dan padat. Kami si lelaki yang tengok ni pun bukan setakat tak berkelip, mungkin ada yang meleleh air liuqqq. hahahhahaha..

Apa-apa pun bukan semua orang sempurna. Betul... tapi hangpa perlu ingat jangan jadikan alasan mana ada manusia sempurna itu sebagai alasan untuk tolak hukum Allah, dan jangan sesekali pula suka-suka tentukan dosa dan pahala orang lain.

Semoga Allah terima semua ibadat kita dalam bulan Ramadhan ini. InsyaAllah.

Salam Ramadhan Al-Mubarak.