Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Sunday, 21 June 2015

DARI KERANA MATA

Assalamualaikum,

Dah berhabuk pon blog aku ni. Lama sangat tak update. 

So entri kali ni "Dari Kerana Mata. Kenapa dari kerana mata? Bukan dari kerana telinga, mulut mahupun tangan?????? 

Sebab mata  ni satu panca indera yang tiada siapa pun mampu bentuk atau reka sama seperti apa yang yang Allah S.W.T cipta. Mampu membezakan begitu banyak warna. Allahuakbar. 

Mampu melihat ini juga adalah satu nikmat. Cuba bayangkan kalau Allah tarik balik nikmat untuk melihat. Pastinya kita hidup dalam kegelapan dalam menempuh hari-hari yang mencabar. Sedangkan orang yang buta warna pun rasa tidak lengkap hidup, inikan pula orang yang buta mata. Lagi parah kalau buta hati, semua benda dianggap mudah.

Rasa cepat jer masa berlalu, dah pun Ramadhan menjelma. So dalam bulan puasa yang penuh dengan keberkatan ni kita kena la jaga mata. Bukan mata sahaja, tapi mulut, telinga, kemaluan dan juga hati. Tapi yang paling banyak menyebabkan dosa adalah dari mata. Aku pun tak tahu kenapa, tapi mungkin juga sebab dunia akhir zaman. Maksiat terlalu banyak. Si perempuan pakai pakaian yang menjolok mata seolah-olah itu semua tidak mendatangkan dosa. Si pemakai berdosa, si lelaki yang melihat ni lagi la berdosa. Hmmm... 

Tak kesian ka kat si ayah. Apa dia nak jawab dengan Allah nanti. Tak kesian ka dekat suami hangpa? Siksa dia dalam kubur mahupun akhirat nanti. Astafirullahalazim. Mohon dijauhkan semua tu. Mungkin ada sesetengah ibu bapa yang pandang remeh dan tak nasihat anak-anak perempuan mereka supaya pakai pakaian yang lebih baik. Kalau pun tak berjubah, cukup sekadar pakai pakaian yang longgar dan tak menampakan bentuk tubuh. 

Lelaki ni susah sikit. Pantang nampak, bukannya nak tundukan pandangan tapi di pandangnya tak berkelip ada la bila ada awek pakai seksi lalu. haha.. aku pun tak terkecuali. 

Tapi sekarang ni dah macam trend tau, pakai tudung tapi hakikatnya seperti bertelanjang. Sebab apa? Sebab baju yang dia pakai tu punya la sendat macam baju saiz adik dia yang punya. Seluar tak payah cakap la, punya la sendat dan padat. Kami si lelaki yang tengok ni pun bukan setakat tak berkelip, mungkin ada yang meleleh air liuqqq. hahahhahaha..

Apa-apa pun bukan semua orang sempurna. Betul... tapi hangpa perlu ingat jangan jadikan alasan mana ada manusia sempurna itu sebagai alasan untuk tolak hukum Allah, dan jangan sesekali pula suka-suka tentukan dosa dan pahala orang lain.

Semoga Allah terima semua ibadat kita dalam bulan Ramadhan ini. InsyaAllah.

Salam Ramadhan Al-Mubarak.




No comments:

Post a Comment